Monday, June 18, 2012

Ancient Love

I remember having this conversation about two weeks ago with my grandma. We're not very close but this conversation struck me the most because I never really talk to her about anything regarding my life.

"La sekarang bercinta dengan siapa?", Tok asked with an almost serious face.

"Eh Tok ni, mana ada siapa siapa.", I replied, half giggling and from what I can see, she didn't buy my lie.

"Cakap betul-betul, Tok tengok La ni main phone je selalu. Tok tak marah pun kalau La ada siapa-siapa. Tok lagi suka. La kan cucu perempuan Tok paling tua"

"Kenapa Tok tanya eh? Jarang Tok tanya La pasal benda ni. Selalunya mama je", I scooted closer to her.

"Bukannya apa, La. Tok tak nak kalau La pilih salah orang nanti.", she smiled half-heartedly.

"Ala Tok, tak ada pilih salah orang. La pun bukannya cakap banyak dengan orang lain pun"

"Tak ada la, cuma Tok takut cucu Tok ni buat keputusan salah. Tak boleh bayangkan kalau La punya hati kat orang lain tapi kena kahwin dengan orang lain. Kena hidup dengan tu sepanjang hidup tau La kalau silap buat pilihan. Tok nak yang terbaik untuk La"

"Apa maksud Tok salah pilih orang?"

My grandmother let out a heavy sigh and put her hands on my lap.

"Dulu, waktu Tok kahwin dengan Tok Wan.. Tok ada bercinta dengan lelaki lain. Tok sayang sangat dekat dia tapi disebabkan keluarga Tok suruh kahwin dengan Tok Wan, Tok ikutkan. Lama Tok nak lupakan dia. La jangan salah anggap, Tok sayang Tok Wan tapi lain caranya dengan sayang lelaki yang Tok patutnya kahwin. Jadi, Tok nak La buat pilihan yang terbaik. Jangan pilih sebab orang lain suruh. Pilih atas hati La sendiri sebab nanti yang gembiranya ialah La, bukan orang lain. Tok sayang dekat cucu Tok, Tok tak nak La menyesal dengan siapa La pilih"

My grandma held my hands and her tears trickled down her pale skin. I wanted to continue the conversation but my grandfather came back. She quickly wiped her tears away and smiled at me. One of the warmest smile I've ever seen in my life and this conversation will probably be the one I remember most having with her.

3 comments: